Hari ini 9 Syawal 2038 Hijriyah bersamaan 3 Jun 2017. Aku masuk ofis selepas cuti panjang lebih seminggu bersempena Hari Raya . Cuti panjang menimbulkan rasa malas untuk bekerja semula. Aku bukan macam orang lain yang boleh disuruh dan disarah buat itu dan ini. Aku bekerja ikut pace aku sendiri. Sikap ini terbina dalam diri aku secara perlahan. Bila umur tambah meningkat ia jadi sebati menjadikan aku susah bekerja dengan orang lain. Maksud aku, sekarang aku lebih senang buat kerja sendiri secara bebas. Alhamdulillah di firma guaman tempat aku bekerja sekarang, aku diberikan ruang yang aku perlukan.
Hari ini aku ingin berceloteh tentang penyakit. Semua manusia mengalami rasa sihat dan sakit. Tidak ada orang yang sihat sepanjang masa. Ramai orang takut jumpa doktor. Ramai yang menyembunyikan penyakit yang dihidapi. Ada sakit sekejap seperti demam ada sakit yang lama dan membawa merana seperti kanser. Ada sakit fizikal yang mudah kita nampak tetapi ada sakit yang tersembunyi seperti sakit mental dan sakit hati. Sakit-sakit ini lebih merbahaya. Bagi aku biarlah orang tahu sakit kita sebab kalau musibah terjadi orang mudah membantu.
Aku ingin berterus-terang. Aku telah dilanda sakit kronik sejak berpuluh-puluh tahun dan aku tidak pernah menyembunyikan fakta ini. Semasa di UK dahulu doktor mengatakan sakit aku ini suatu hidden disability (kecacatan yang tersembunyi). Isteri aku selalu mentertawakannya. "Abang ni OKU," katanya. Di Malaysia terdapat lebih 3.5 juta orang yang senasib dengan aku. Di seluruh dunia perangkaan terakhir menunjukkan terdapat hampir 500 juta orang menderita sakit yang sama. Maknanya kalau dibuat kelab penyakit, kelab sakit akulah yang paling ramai ahlinya hahaha :)
Ya, aku adalah pesakit kencing manis yang tegar. Tak glamour langsung istilah kencing manis ni jadi elok kita sebut diabetes saja barulah ada class. Ada kawan yang mencipta istilah yang lebih menggelikan hati iaitu pengidap sweet urine. Jadi aku ni sweet uriner lah gitu hahaha.
Secara jujur aku tak tahu bila sebenarnya aku dihinggapi diabetes. Tapi aku disahkan pengidap semasa berumur 27 tahun. Sekarang umur aku 54 tahun. Maknanya sudah 27 tahun aku disahkan pengidap diabetes. Masa dulu masyarakat tidak didedahkan dengan gejala ini. Aku tak tahu aku ada risiko yang tinggi kerana tidak tahu petanda-petanda awal. Kalau aku tau tentu aku lebih menjaga kesihatan.
Aku rasa petanda-petanda itu telah muncul lebih awal iaitu semasa aku bekerja di Kuala Kubu Bharu. Sebagai majistret di situ hidupku terasing. Aku masak sendiri bila rajin tapi selalunya aku beli makanan di luar. Stok makanan aku banyak. Dapurku sendat dengan makanan dan minuman. Peti aisku penuh dengan berbagai minuman yang manis seperti Coca Cola (saiz besar), A&W, air tebu, air cincau, air soya dan lain-lain. Aku memang foodie suka makan. Dahulu masa belajar universiti selalu ikat pinggang jadi bila ada gaji aku sebat semua makanan. Tak ada orang yang melarang. Badan aku yang kurus naik mendadak. Masuk tahun kedua di KKB aku kerap rasa dahaga di tengah malam dan selalu rasa nak kencing semasa tidur. Rasa dahaga ini datang walaupun cuaca dingin. Jadi bila dahaga datang aku sebat minuman-minuman dalam peti ais. Rupanya inilah tanda-tanda awal diabetes. Kalau aku tahu aku takkan minum minuman bergas yang ada kandungan gula yang sangat tinggi. Lantaran kejahilan itu aku meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa menjaga pemakanan.
Bila aku berkahwin di awal 1990an, isteri aku hairan melihat mangkuk tandas selalu bersemut. Aku tidak merasa apa-apa kerana mengagak ia semut-semut yang sememangnya banyak dalam rumah. Satu hari semasa pergi klinik Ludher & Rakan-Rakan di Seksyen 14 Petaling Jaya aku terbaca satu maklumat kesihatan yang tertera di dinding klinik yang berbunyi "Jangan Biarkan Semut Mengetahuinya Dahulu". Isteri aku mendesak aku berjumpa doktor. Darahku diambil untuk ujikaji dan aku disuruh datang tiga hari kemudian.
Tiga hari kemudian aku berjumpa Dr Manjit Singh. Dia berumur awal 40an, berperwatakan tegas kerana dia bekas pegawai perubatan tentera berpangkat kolonel. Dia mengucapkan syabas kepada aku. Aku terpinga-pinga. Tahniah untuk apa? Doktor Manjit menjelaskan ujian darah mengesahkan aku adalah pengidap diabetes jadi aku telah memasuki kelab yang paling popular dan terbesar dengan keahlian mencecah 800 ribu orang di Malaysia (ketika itu) iaitu Kelab Diabetes!
Aku disuruh berdiri dan angkat tangan kanan bersumpah macam tentera. Dia suruh aku mengulangi cakapnya. "Saya berjanji tidak akan makan gula lagi". Aku menurut macam orang bodoh. Selepas itu Dr Manjit memberi kuliah percuma yang panjang mengenai cara-cara mengawal diabetes. Pertamanya, aku mesti makan ubat sepanjang hayat. Keduanya aku perlu mengawal diet secara serius. Jika tidak dalam tempoh enam tahun aku akan mendapat serangan jantung atau strok. Aku terkejut. Dr Manjit menegaskan dia tidak berbohong tetapi maklumat itu adalah daripada hasil kajian perubatan yang terakhir.
Terkedu aku dibuatnya. Isteri aku sedang mengandung anak pertama. Apa nasib anak isteri aku kalau aku meninggal nanti. Isteri aku jadi janda muda dan anak aku jadi yatim.
Namun, realitinya bukan mudah untuk mengawal selera makan. Aku beringat-ingat juga tapi aku tidak mampu membuat total abstinence jadi aku buat rule sendiri. Aku makan semua tapi tidak berpantang secara ekstrim. Aku makan dodol dan kueh-kueh manis sampai hari ini tapi dalam kuantiti yang kecil. Kalau makan kueh koci aku buangkan intinya, Kalau kueh keria aku buangkan sira gulanya. Tapai pun aku sebat tapi aku perahkan airnya dahulu. Cendol aku order separuh manis. Jika makan nasi aku cuba sedaya upaya makan separuh pinggan atau kurang daripada itu. Kalau lapar aku lebihkan makan sayur dan lauk-pauk.
Tapi tentang ubat aku memang tidak berkompromi. Aku makan ubat dari dulu hingga sekarang tanpa henti. Aku percaya ubat-ubatan moden. Masalahnya dengan diabetes ni, bila kita maklumkan kepada seribu orang, seribu orang akan jadi doktor atau penasihat kesihatan. Mereka akan cadang ubat itu dan akar ini. Setengahnya buat testimony yang tidak logik kononnya orang itu dan orang ini kakinya dah nak dipotong, bila makan ubat ini dan itu terus pulih. Kaki tak jadi potong sampai doktor pun terperanjat. Bagi aku semua itu karut belaka. Aku bukan nak mendabik dada tapi aku dah masak sangat dengan diabetes ini. Aku baca buku-buku dan jurnal-jurnal perubatan secara konsisten. Aku boleh berhujah dengan doktor-doktor yang tidak semuanya mahir dengan diabetes.
Dipendekkan cerita, selepas pertemuan dengan Dr Manjit itu aku menjalani kehidupan seperti pengidap diabetes. Beberapa tahun kemudian aku melanjutkan pengajian ke UK. Di sana di setiap klinik ada ditempatkan seorang diabetic nurse. Di UK diabetes aku terkawal baik. Setelah dua tahun aku tamat pengajian dan balik. Aku congak-congak tempoh enam tahun yang diberikan oleh Dr Manjt telah pun berakhir. Aku segera ke kliniknya iuntuk berjumpa dan igin memberitahunya ramalan dia jauh tersasar. Saya masih sihat tanpa mengalamai serangan jantung atau strok. Di klinik aku bertemu rakan kongsinya Dr Kartar Singh. Dia mendengar hasratku bertemu Dr Manjit. Aku terkejut besar bila dimaklumkan Dr Manjit telah meninggal dunia semasa aku di luar negara akibat serangan jantung. Mendiang meninggal dalan usia lewat 40an. RIP Dr Manjit Singh.
Dipendekkan cerita, selepas pertemuan dengan Dr Manjit itu aku menjalani kehidupan seperti pengidap diabetes. Beberapa tahun kemudian aku melanjutkan pengajian ke UK. Di sana di setiap klinik ada ditempatkan seorang diabetic nurse. Di UK diabetes aku terkawal baik. Setelah dua tahun aku tamat pengajian dan balik. Aku congak-congak tempoh enam tahun yang diberikan oleh Dr Manjt telah pun berakhir. Aku segera ke kliniknya iuntuk berjumpa dan igin memberitahunya ramalan dia jauh tersasar. Saya masih sihat tanpa mengalamai serangan jantung atau strok. Di klinik aku bertemu rakan kongsinya Dr Kartar Singh. Dia mendengar hasratku bertemu Dr Manjit. Aku terkejut besar bila dimaklumkan Dr Manjit telah meninggal dunia semasa aku di luar negara akibat serangan jantung. Mendiang meninggal dalan usia lewat 40an. RIP Dr Manjit Singh.
Apabila dikawal dengan baik seperti dalam buan Ramadan
bacaan gula dalam darah aku seperti orang normal
Ini contoh bacaan ketika aku tidak makan ubat atau terlupa ambil insulin.
Semasa di UK kali kedua (2002 - 2006) seorang doktor GP (general practitioner) menasihatkan supaya aku mula mengambil insulan untuk kawalan gula dalam darah yang lebih baik tapi aku menolak. Memang stigma bila orang tahu kita dah guna insulin. GP itu beritahu di UK sesiapa saja yang disahkan mengidap diabetes akan disarankan menggunakan insulin sebagai treatment utama kerana ia lebih berkesan. Aku tidak endahkan tetapi semuanya bertukar bila aku balik Malaysia dan bertugas di Kementerian Pertahanan. Doktor tentera yang memeriksa aku mengatakan aku tidak ada pilihan lain kerana ubat-ubat pil Metformin dan Daonil yang aku makan tidak mampu merendahkan kadar gula dalam darah aku. Semasa diperiksa, walaupun tidak mengambil breakfast bacaan gula aku ialah 14. "Terlalu tinggi. Dr kena ambil suntikan insulin dari sekarang", kata Mejar Dr Amir kepadaku. Jadi setelah 18 tahun aku akur dan memulakan fasa baru sebagai sweet uriner dengan mengambil insulin injection dua kali sehari iaitu pagi dan malam. Mula-mula aku gerun melakukannnya kerana kalau silap tempat suntikan akan berdarah. Isteri dan anak-anak aku yang jadi "doktor" mencucuk jarum insulin sekitar pusat. Lama-lama aku jadi lali dan melakukannya sendiri tanpa kekok samada bersendirian atau di khalayak ramai.
Menara Pelangi
Johor Bahru
Hi dr. Interesting sharing. Its hard but yes u are the diabetis survivor
ReplyDeleteAssalam Dr. Saya juga pesakit diabetis kini berusia 31 tahun, dan di diagnos sebulan lepas dgn bacaan berpuasa 19 mmol. Saya juga bergejala seperti Dr, selepas 3 bulan saya konsisten makan ubat hypertension. Sy dalam stage in denial yg sy menhidap diabetis di usia muda. Namun, boleh dikatatakan kini pendedahan mengenai diabetis banyakn dan sy disarankan untuk memulakan insulin namun sy berkeras mahu mkn ubat dahulu dan doc berikan sy tempoh sebulan. slepas sebulan, bacaan BSP harian saya dalam kadar 4.7 - 7.7 dan doc memilih untuk kekalkan sy dgn dos ubatan asalkn saya dapat kekalkan bacaan. Apa yg sy amalakn dalam tempoh sebulan ini adalah prinsip NSLC (No sugar low carb), insyaallah mudah2an Dr dapat mengawal bacaan dgn baik.
ReplyDeleteHishahira .sy pun baru diagnose sebagai pesakit dm bulan lepas . Mula-mula tahu, perasaan bercampur baur. Tak boleh terima kenyataan .umur 35 tahun . Doct nasihat untuk turunkan bacaan gula dalam darah jika ingin pregnant lagi sekali. Sy juga buat low carbo dan ambil lemak² yang baik (omega 3) . Sy doakan semua pesakit dm dapat mengawal bacaan gula dalam darah dgn baik .
DeleteSebagai seorang anak, apabila ditugaskan untuk membantu cucuk insulin untuk ayah lebih sepuluh tahun lalu, perasaan awalnya, why me, why does he need to cucuk insulin. Sebab aku seorang anak bongsu, abang dan kakak semua dah berpindah jauh. Zaman tu akan kenang. Wisma Daiman. Johor Bahru.
ReplyDelete