Saya rasa saya seorang yang "versatile" kerana dianugerahi pelbagai bakat dan kebolehan cuma tidak semuanya dapat digilap kerana faktor masa dan tekanan persekitaran. "Easy going", tak suka bergaduh tapi kuat berpegang pada pendapat sendiri. Anti apa-apa juga yang boleh menimbulkan stres.
Tuesday, 6 June 2017
RAMADAN YANG PALING MENCABAR TAPI MENYERONOKKAN
Akhir tahun 2014 Aku dilantik sebagai Pesurujaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk tempoh dua tahun. Terlalu banyak perkara yang berlaku. Aku akan ceritakan lebih detail tentang pengalaman dan peristiwa semasa aku jadi hakim mahkamah tinggi ini di masa lain.
Aku ingin tumpukan kepada dua kali Ramadan semasa aku dalam Badan Kehakiman. Aku merasa sungguh bertuah kerana dapat mengerjakan ibadah puasa ke tanah suci 10 terakhir Ramadan untuk kedua-dua tahun 2015 dan 2016. Sebelum aku bercerita panjang aku upload dua gambar untuk tatapan anak cucu nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment