Kita tidak tahu semua perkara yang telah berlaku atau akan berlaku kepada diri kita sendiri. Banyak yang dihajati tidak tercapai. Ada juga yang menjadi. Di akhirnya kita mesti terima ia sebagai takdir. Namun kita boleh merancang tetapi Allah yang menetukan segalanya.
Semenjak kecil semua orang menaruh cita-cita tertentu sebagai karier hidup. Masa masuk sekolah dulu guru darjah bertanya kepada kami, "bila besar nanti nak jadi apa?" Macam-macam jawapan yang diberikan. Ada yang sangat menggelikan hati seperti, "saya nak jadi Agong cikgu." Itu jawapan yang sungguh innocent daripada budak berumur tujuh tahun ;)
Aku tidak ingat lagi apa jawapan aku kepada guru darjah tersebut. Tapi sejak sekolah rendah lagi aku sudah bercita-cita suatu hari nanti akan menjadi peguam. Bagaimana minat ini timbul padahal tidak ada sesiapa pun dari kampungku menjawat jawatan yang dipandang hebat itu?
Ceritanya begini.
Dalam awal dekad 1970an filem Hindustan menguasai panggung-panggung tanahair kerana dunia filem Melayu yang sungguh malap. Corong-corong radio sering mengumandangkan lagu-lagu dendangan Lata Mangeskar, Asha Bhosle, Mohd Rafi dan Kishore Kumar. Panggung wayang dipenuhi peminat-peminat filem Hindustan. Filem Bobby dan Yaadon Ki Baarat menjadi box office. Sangam diulangtayang. Aku seperti budak-budak lain masa itu turut terhimbau dengan fenomena filem Hindustan ini. Dalam banyak-banyak aktor Hindustan, aku minat dengan Dharam Singh Deol atau lebih dikenali sebagai Dharmendra. Dia dianggap aktor Hindustan paling handsome dan pernah dipilih sebagai 10 aktor lelaki paling kacak di dunia. Filem Sholay dan Yaadon Ki Baarat yang dibintangi beliau dianggap antara filem Hindustan terbaik sepanjang zaman.
Satu hari aku menonton tv di rumah bapa saudara. Dalam filem yang aku sudah lupa tajuknya Dharmendra pelakon utama membawa watak peguam. Dalam satu babak dia berhujah dalam mahkamah membela clientnya seorang wanita. Aku begitu terkesima dengan gaya Dharmendra dalam jubah peguam. Sungguh tampan dan berwibawa. Itulah mulanya aku berangan-angan menjadi peguam.

Dharmendra semasa muda (atas) dan anaknya Sunny Deol sebagai peguam (bawah)
Semasa sekolah menengah aku sudah boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Aku membaca sebuah novel popular karangan Harold Robbins bertajuk Where Love Has Gone. Dalam novel itu watak utamanya adalah seorang District Attorney (DA) yang terperangkap dalam cinta dengan seorang gadis kompleks yang menghilangkan diri. Lantaran kecewa dia belajar undang-undang, menjadi pendakwa sehingga akhirnya meningkat sebagai DA. Di Malaysia jawatan DA ini setaraf Pengarah Pendakwaan Negeri. Tiba-tiba kekasih lamanya muncul sebagai tertuduh dalam satu kes besar yang dikendalikan oleh DA tadi. Kemuncaknya, tanpa disangka-sangka peguam wanita itu yang licik telah menghidu hubungan lama antara clientnya dengan DA yang menjalankan pendakwaan kes itu. DA lantas disapina untuk memberi keterangan sebagai saksi pembelaan tertuduh (kekasih lamanya). Ketika DA itu mengangkat sumpah dengan semua mata tertumpu kepadanya, kekasih lamanya bangkit secara dramatik menukar pengakuannya mengaku salah untuk menyelamatkan DA itu daripada dimalukan. Rupa-rupanya DA itu adalah cinta sejati bagi wanita kompleks tersebut. Walaupun telah terpisah sekian lama, dia masih mencintai sang hero.
Apabila keputusan STPM keluar aku tanpa ragu-ragu memohon jurusan undang-undang di UM dan ITM. Ketika itu jurusan undang-undang hanya ditawarkan di dua institusi tersebut. Aku gagal mendapat tempat di UM tetapi diterima mengikuti kursus Diploma Undang-Undang di ITM. Aku sedikit kecewa kerana terpaksa ambil diploma saja dan tiada jaminan aku boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah untuk melayakkan aku menjadi peguam. Lulusan diploma ITM melayakkan aku menjadi pembantu undang-undang sahaja bukannya peguam. Lantaran ini aku bercadang menukar kursus kepada Sebaran Am (Mass Communication) supaya aku boleh jadi penulis dan wartawan, iaitu bidang yang aku minat juga.
Mungkin jodoh aku menjadi peguam, UIA ditubuhkan secara tiba-tiba dan universiti antarabangsa pertama di Malaysia ini menawarkan dua kursus iaitu undang-undang dan ekonomi. Aku mengisi borang di saat akhir dan tanpa disangka-sangka aku diterima masuk untuk menjadi siswa perintis bulan Julai 1983.
Aku akan ceritakan lebih lanjut tentang Kulliyyah Undang-Undang UIA dan mahagurunya Profesor Ahmad Ibrahim iaitu peguam Natrah di Singapura dalam kesempatan lain. Setelah aku bekerja aku bertemu pula dengan tokoh-tokoh kes Mokhtar Hashim seperti Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani (meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Hakim Besar Malaya), Tan Sri Abu Talib Othman, Dato Gopal Sri Ram, Jagjit Singh, Manjeet Singh Dhillon dan Tan Sri Arifin Jaka.
Untuk kali ini cukuplah sekadar aku beritahu aku lulus Sarjana Muda Undang-Undang dan bertemu pula dengan bakal isteriku yang mengikuti kursus yang sama di UIA. Kedua-dua kami akhirnya menjadi peguam walaupun karier kami berbeza.
novel ini memperkuat azamku untuk menjadi peguam
Semasa Pilihan Raya Umum 1982, Speaker Dewan Undangan Negeri bagi Negri Sembilan Dato Taha Talib telah di tempak mati di hadapan rumahnya pada awal pagi 14 April 1982. Kes bunuh itu menggemparkan seluruh negara apabila seteru politiknya Dato' Mokhtar Hashim iaitu Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan dituduh bersama beberapa orang lain melakukan pembunuhan tersebut.
Dato Taha Talib mati dibunuh semasa PRU 6 pada 14 April 1982
Dato' Mokhtar Hashim, Menteri KKBS yang berpotensi besar dalam politik negara
dituduh bersama-sama 5 yang lain membunuh Dato Taha.
Aku mengikuti perbicaaran jenayah itu penuh minat melalui laporan akhbar yang meluas. Aku mula didedahkan kepada istilah undang-undang seperti saksi alibi, bicara dalam bicara (trial within a trial), post mortem, laporan senjata api (balistic report). kes pendakwaan, kes pembelaan, hujah awal, hujah penggulungan dan banyak lagi. Aku juga mengingati nama-nama peguam yang mengedalikan kes itu seperti Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, peguam-peguam Jagjit Singh, G. Sri Ram, Manjeet Singh dan Arifin Jaka. Akhirnya Dato' Mokhtar Hashim didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Rayuan beliau ke Mahkamah Persekutuan juga ditolak. Walau bagaimanapun rayuannya ke Lembaga Pengampunan diterima dan hukuman mati itu ditukar kepada penjara seumur hidup. Ketika hakim Mahkamah Tinggi YA Dato Hashim Yeop Sani menjatuhkan hukuman tersebut pada 6 Mac 1983 aku sedang menunggu keputusan STPM. Aku membaca keseluruhan keputusan yang disiarkan dalam semua akhbar. Memang sukar memahami istilah undang-undang yang begitu teknikal seperti fabricated evidence, case to answer, the defence is incredible dll. Ketika Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dato Mokhtar aku sudah masuk UIA sebagai siswa undang-undang dan sudah memahami banyak istilah-istilah tersebut.
Semasa menunggu keputusan STPM, aku bekerja di pam minyak Esso di Banda Hilir. Di situ aku selalu melihat peguam-peguam menuju ke mahkamah yang terletak di bangunan merah Stadhuys. Mereka nampak bergaya dan berwibawa dalam kot hitam. Satu hari semasa lunch break di surau berdekatan aku terbaca kes Natrah yang ditulis dalam akhbar tabloid Bacaria. Tragedi kes Natrah begitu memukau imaginasiku terutamanya perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Singapura tahun 1950 yang berakhir dengan dia dipisahkan daripada suaminya dan dihantar ke Belanda dan murtad. Cara penceritaan perbicaraan yang dramatik menambah minatku untuk menjadi peguam. Takdir menentukan aku akhirnya bertemu dengan peguam Natrah, Ahmad Ibrahim dan penulis biografinya Fatini Yaacob. Ia berlaku semasa aku siswa UIA.
Apabila keputusan STPM keluar aku tanpa ragu-ragu memohon jurusan undang-undang di UM dan ITM. Ketika itu jurusan undang-undang hanya ditawarkan di dua institusi tersebut. Aku gagal mendapat tempat di UM tetapi diterima mengikuti kursus Diploma Undang-Undang di ITM. Aku sedikit kecewa kerana terpaksa ambil diploma saja dan tiada jaminan aku boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah untuk melayakkan aku menjadi peguam. Lulusan diploma ITM melayakkan aku menjadi pembantu undang-undang sahaja bukannya peguam. Lantaran ini aku bercadang menukar kursus kepada Sebaran Am (Mass Communication) supaya aku boleh jadi penulis dan wartawan, iaitu bidang yang aku minat juga.
Mungkin jodoh aku menjadi peguam, UIA ditubuhkan secara tiba-tiba dan universiti antarabangsa pertama di Malaysia ini menawarkan dua kursus iaitu undang-undang dan ekonomi. Aku mengisi borang di saat akhir dan tanpa disangka-sangka aku diterima masuk untuk menjadi siswa perintis bulan Julai 1983.
Aku akan ceritakan lebih lanjut tentang Kulliyyah Undang-Undang UIA dan mahagurunya Profesor Ahmad Ibrahim iaitu peguam Natrah di Singapura dalam kesempatan lain. Setelah aku bekerja aku bertemu pula dengan tokoh-tokoh kes Mokhtar Hashim seperti Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani (meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Hakim Besar Malaya), Tan Sri Abu Talib Othman, Dato Gopal Sri Ram, Jagjit Singh, Manjeet Singh Dhillon dan Tan Sri Arifin Jaka.
Untuk kali ini cukuplah sekadar aku beritahu aku lulus Sarjana Muda Undang-Undang dan bertemu pula dengan bakal isteriku yang mengikuti kursus yang sama di UIA. Kedua-dua kami akhirnya menjadi peguam walaupun karier kami berbeza.
Aku dan isteri selepas dia diterima masuk sebagai peguam tahun 1992. Aku adalah Penolong
Kanan Pendaftar dalam mahkamah di mana petisyen Fairuz didengar.
Jadi dari 1983 hingga sekarang (2017) selama 35 tahun hidupku bergelumang dengan undang-undang. Tidak cukup dengan ijazah sarjana muda LL.B daripada UIA, aku melanjutkan pengajian di peringkat sarjana LL.M dan PhD di United Kingdom. Kemuncak pencapaian yang aku raih ialah profesor undang-undang UTM dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi. Tapi tak tahu di mana mulanya, minat aku kepada undang-undang terhakis secara dramatik. Aku akan meninggalkan terus bidang ini. Sebab musabab aku hilang syahwat kepada undang-undang aku akan kisahkan kemudian.
Menara Pelangi
Jalan Kuning, Taman Pelangi
Johor Bahru
No comments:
Post a Comment